Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kemas Kaktus 2 Dan 3

5 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Oktober 2019, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 2 dan 3. Seramai 16 orang pelajar lelaki dan 19 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah ulangkaji perkakasan komputer, dan tayangan video huruf kecil dan besar.

Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain permainan untuk membezakan huruf kecil dan besar di laman web abcya.com. kelas diakhiri dengan sesi tayangan video lagu Haiwan Savanah oleh Didi and Friends.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas